fbpx

Ayam, daging di Pulau Pinang cukup – Ketua Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar memeriksa bekalan ayam segar di sebuah pasar di Kepala Batas, Seberang Perai semalam.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan bekalan ayam dan daging di negeri ini dalam keadaan mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.

Kon Yeow berkata, ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri kepada pihaknya.

“Tetapi dengan isu kekurangan bekalan yang dihadapi pada masa ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar diharapkan dapat memantau hasil dari ladang-ladang di negeri ini.

“Sekiranya bekalan untuk negeri cukup, maka kita galakkan ia dieksport ke negeri berdekatan yang hadapi masalah kekurangan bekalan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kekurangan bekalan ayam dan barangan makanan lain di negeri ini.

Tambah Kon Yeow, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kekurangan bekalan makanan yang meruncing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI