fbpx

Askar Russia mengaku bunuh penduduk awam dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHISHIMARIN mengaku bersalah membunuh seorang penduduk awam Ukraine dalam perbicaraan pada minggu lalu. - SKY NEWS

KIEV – Seorang askar Rusia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas dia mengaku membunuh seorang penduduk awam Ukraine berusia 62 tahun dalam perbicaraan jenayah perang pertama berhubung konflik tersebut, lapor laman berita Sky News semalam.

Sarjan  Vadim Shishimarin menembak lelaki itu melalui tingkap sebuah kereta yang terbuka di Kampung Chupakhivka, sekitar 137 kilometer dari Kharkiv.

Dia yang merupakan komander kereta kebal berusia 21 tahun, mengaku bersalah di sebuah mahkamah daerah Kiev kerana melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu pada 28 Februari lalu, empat hari selepas pencerobohan Moscow.

Shishimarin tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dibacakan semalam.

Pendakwa raya Ukraine menyatakan bahawa dia bersama empat askar Russia lain telah melepaskan tembakan dan mencuri sebuah kereta untuk melarikan diri selepas unit kereta kebal mereka menjadi sasaran tembakan tentera Ukraine.

Apabila  tiba di Chupakhivka, sekitar 321 kilometer ke timur Kiev, mereka melihat seorang lelaki mengayuh basikal sambil  bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

Shishimarin diarah membunuh orang awam itu oleh seorang askar lain untuk menghalang mangsa daripada memberi amaran tentang kehadiran tentera Russia di kampung tersebut.

Dia membunuh lelaki itu dengan melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa melalui tingkap kereta. 

Shishimarin didakwa di bawah seksyen kod jenayah Ukraine  mengenai undang-undang perang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI