fbpx

Ahmad Nor Iman teruskan misi pada Kejohanan Dunia Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD NOR IMAN (kanan) mengasak lawannya dari Vietnam, Hoang Phi dalam kategori lelaki elit bawah 54kg sebelum memenangi emas Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi kelmarin.

HANOI – Perjalanan jaguh muay thai negara, Ahmad Nor Iman ­Aliff Rakib yang meraih emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 kelmarin tidak terhenti di Hanoi apabila dia akan menyertai Kejohanan Dunia Abu Dhabi pada Khamis ini.

Atlet berusia 18 tahun itu melakukan kejutan apabila menghadiahkan emas ke-39 yang juga kilauan emas terakhir Kontinjen Malaysia selepas berjaya mengatasi wakil tuan rumah, Huynh Hoang Phi dalam kategori lelaki elit bawah 54 kilogram (kg).

Meskipun membuat kemunculan pertama pada temasya sukan dwitahunan tersebut, juara remaja dunia 2021 tidak gugup beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah sebelum meraih kemenangan 30-27 (10-9,10-9,10-9) dalam pertarungan tiga pusingan.

Presiden Persatuan Muaythai Malaysia (PMM), Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi memuji kesungguhan yang ada pada atlet mudanya itu meskipun Ahmad Nor Iman disahkan mengalami retak tulang rusuk.

“Ahmad Nor Iman memang seorang pejuang meskipun diarahkan untuk tidak turun pada aksi final tetapi dia tekad minta kebenaran untuk berlawan meskipun tulang rusuknya patah pada perlawanan sebelum ini.

“Dia tahu apa yang perlu dilakukan dan turun hanya ambil mata kemenangan. Meskipun turun di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, Ahmad Nor Iman berjaya mengotakan janji meraih kemenangan.

“Ini kemenangan bermakna buatnya ketika membuat kemunculan pertama pada temasya sukan dwitahunan tersebut. Selepas ini, Ahmad Nor Iman akan menyertai Kejohanan Dunia di Abu Dhabi pada 26 Mei ini dan seterusnya Sukan Dunia 2022 di Birmingham,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Shahnaz mengakui dia berpuas hati dengan kejayaan pasukan di Vietnam meskipun menghantar skuad pelapis, sekali gus menghadiahkan satu emas menerusi Ahmad Nor Iman dan satu perak diperoleh oleh jaguh wanita berusia 19 tahun, Nur Amisha Azrilrizal.

Sebagai rekod, skuad muay thai pada mulanya menyasarkan satu pingat gangsa selepas menghantar empat atlet sahaja.

“Saya rasa kita tidak letak emas kali ini kerana kita menghantar skuad pelapis menerusi empat atlet sahaja. Kita
berjaya mencuri satu emas di­sebabkan pasukan tuan rumah agak cerdik membuang kategori-kategori yang mereka tidak boleh menang.

“Kita bawa Ahmad Nor Iman dan Nur Amisha sebagai pendedahan, namun mereka mempamerkan perlawanan amat baik untuk menjelamakan pingat emas ke-39 Malaysia. Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI