SHAH ALAM – Seramai 100 Sukarelawan Selangor (Serve) akan menjadi skuad perintis sukarelawan bomba bagi membantu kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan serta Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, ini adalah kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dengan skuad sukarelawan itu akan ditempatkan di Unit Bencana Sosial kerajaan negeri.
“Kita mempunyai 3,800 anggota Serve dan 100 daripadanya akan menjadi batch pertama bagi penubuhan sukarelawan bomba ini.
“Mereka akan dilindungi insurans sebagaimana semasa mereka bertugas semasa operasi banjir baru-baru ini,”katanya pada sidang akhbar penubuhan Serve JBPM di Ibu Pejabat JBPM Selangor hari ini.
Turut hadir Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis.
Sementara itu, Norazam menjelaskan setiap anggota Serve perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan kecergasan sebelum menjalani latihan dan menyertai operasi pihaknya. – KOSMO! ONLINE.