fbpx

Wanita dikecam pertikai van jenazah guna lampu kecemasan elak sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan seorang pengguna Twitter yang mendapat kecaman teruk di media sosial.

PETALING JAYA – “Kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan tengah-tengah kesesakan lalu lintas? sudah jadi jenazah dah kan?”.

Demikian ciapan seorang pengguna Twitter yang membuatkan ramai ‘panas hati’ dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita tersebut yang tidak sensitif dengan isu kematian ini.

Meskipun ciapannya itu telah dipadam selepas menerima teguran ‘panas’ dari orang ramai, namun terdapat segelintir individu yang sempat ‘screenshot’ dan memuat naik semula tangkap layar ciapan berkenaan di media sosial.

Menerusi perkongsian @AkeemSharyzal di Twitter itu, isu tersebut menjadi topik perbincangan hangat umum sejak kelmarin.

“Simpan sikit bebal itu dekat anak cucu, pengurusan jenazah harus disegerakan jangan ditangguh-tangguh cik kak,” balas Atiqiiahzahari.

“Tak salah nak bertanya, tapi ayat dia itu kurang ajar dekat situ, dah jadi jenazah kan? tangan kiri ku ringan rasanya,” ciap Jenni.

“Mungkin masa dia dah jadi jenazah nanti, pak cik yang pandu van jenazah itu boleh bawa santai-santai hisap rokok tepi jalan, tak perlu nak cepat,” ujar Lalili Anuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI