fbpx

Wanita bela 400 labah-labah dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STAPLES menunjukkan koleksi labah-labah peliharaannya di dalam bilik tidur. – Mercury Press

LONDON – Seorang wanita dari Wiltshire, England mempunyai hobi memelihara 400 ekor labah-labah di dalam rumahnya termasuk spesies tarantula yang berbisa, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bethany Staples, 28, mula membela labah-labah pada tahun 2020 untuk melawan ketakutannya dan membiakkan haiwan itu pada tahun lepas.

“Seminggu sebelum saya mendapatkan tarantula pertama, terdapat seekor labah-labah dalam bilik air dan saya terpaksa memanggil rakan untuk mengeluarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, selepas meneruskan hobinya, beberapa rakan Staples yang takut kepada haiwan itu kini enggan mengunjungi rumahnya. 

Ia bagaimanapun tidak menghalang minat wanita itu untuk memelihara 150 ekor labah-labah dewasa dan 250 ekor anak labah-labah di dalam bilik tidurnya termasuk spesies tarantula Thailand black dan tarantula rose hair.

Dia berkata, hobinya itu bukan sahaja berjaya menghilangkan ketakutannya tetapi memberi masa rehat daripada kerjanya sebagai seorang pengawal peribadi.

“Ia seperti Pokemon. Saya mahu tangkap kesemuanya. Ia adalah hobi yang menjadi ketagihan kerana terdapat banyak spesies berbeza. 

“Terdapat 100,000 spesies tarantula yang berbeza. Ada yang memiliki racun lebih berbisa berbanding spesies lain, namun tiada yang boleh membunuh manusia,” jelas Staples.

Selain itu, wanita itu turut memelihara kala jengking, kumbang, seekor tokek, ulat gonggok dan seekor anjing baka rottweiler. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI