fbpx

Wanita alami masalah kesuburan hamil pada usia 50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boama bersama suaminya, David dan anak mereka. - Humphrey Nemar

LONDON – Seorang wanita yang mempunyai masalah kesuburan akhirnya hamil pada usia 50 tahun selepas beberapa kali gagal dalam rawatan kehamilan yang dijalani selama bertahun-tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Christine Boama, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran pertama anaknya pada minggu lepas berkata, dia telah mencuba pelbagai rawatan kesuburan termasuk gagal dalam rawatan persenyawaan in vitro (IVF) berkali-kali.

Wanita yang berasal dari Lancashire, England itu berkata, selepas berkahwin pada usia 42 tahun, dia menyangka akan hamil dalam masa setahun.

“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu saya mempunyai sembilan adik beradik selain salah seorang ibu saudara mempunyai enam anak.

“Bagaimanapun, selepas setahun berkahwin, saya masih belum hamil dan pada 2015, saya membuat keputusan untuk melakukan rawatan IVF,” ujarnya.

Tambah Boama, disebabkan terlalu ingin mempunyai anak, dia menjalani rawatan IVF dengan penuh komitmen dan berasa sedih apabila kitaran pertama menemui kegagalan.

“Saya menjalani begitu banyak ujian, saringan dan mengambil ubat-ubatan. Emosi saya amat rapuh dan saya tidak pernah diberitahu oleh doktor tentang mengapa saya sukar untuk hamil,” katanya.

Tambah Boama, selepas dua minggu usianya mencecah 50 tahun, dia menyedari  tidak didatangi haid seperti biasa dan menyangka sudah mengalami menopaus.

“Namun, apabila melihat terdapat dua garisan muncul pada kit ujian kehamilan, saya hanya mampu merenungnya kerana berasa amat terkejut . 

“Selepas bertahun-tahun menjalani rawatan sehinggakan sudah terlupa bilangan rawatan yang dilakukan, akhirnya saya disahkan hamil enam minggu oleh doktor,” jelasnya.

Pada 18 Mei tahun lalu, Boama selamat melahirkan anaknya. Dia berharap agar pendedahan kisah tersebut dapat memberi semangat kepada wanita lain di luar sana yang mempunyai masalah sepertinya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI