fbpx

PSG, Mbappe sudah malukan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE dilaporkan menolak tawaran Real selepas PSG mengemukakan perjanjian yang lumayan dan beberapa hak keistimewaan. – AFP

MADRID – Presiden La Liga, Ja­vier Tebas menyifatkan keputusan Kylian Mbappe untuk mene­rima tawaran dan kekal bersama Paris Saint-Germain dengan menolak kontrak daripada Real Madrid adalah sesuatu yang memalukan dunia bola sepak.

Menurutnya, faktor wang menjadi punca bintang sensasi Perancis itu mengubah pendirian, namun mempersoalkan struktur kewangan kelab ber­kenaan yang mampu memberikan tawaran mega berkenaan.

“Apa yang dilakukan oleh PSG adalah menawarkan sejumlah wang yang besar untuk Mbappe. Mereka mendakwa kerugian le­bih €700 juta (RM3.25 bilion) sejak beberapa musim lalu.

“Mereka juga menanggung jumlah pembayaran gaji berjumlah €600 juta (RM2.78 bilion), tetapi masih mampu dan dibenarkan untuk menawarkan kontrak lumayan buat pemain itu. Ini adalah perkara yang memalukan bola sepak,” kata Tebas.

Tambahnya, apa yang dilakukan oleh PSG dan keputusan yang dilakukan oleh presidennya, Nasser Al-Khelaifi adalah sangat berbahaya seperti juga ketika mereka terlibat merancang untuk mewujudkan Liga Super Eropah.

Kelmarin, Mbappe meng­umumkan bahawa dia akan terus kekal bersama PSG untuk tempoh tiga tahun lagi selepas menandatangani kontrak lanjutan.

“Saya sangat gembira untuk kekal di Perancis, Paris adalah bandar saya,” kata Mbappe.

Difahamkan PSG menggunakan langkah terdesak dengan menawarkan pakej gaji yang sama seperti ditawarkan oleh Real dan lebih mengejutkan, kelab itu memberikan Mbappe beberapa hak istimewa yang sa­ngat luar biasa.

Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan boleh menentukan siapa pengurus dan pemain yang diinginkan untuk bersamanya di kelab itu selain struktur gaji yang bakal diterimanya mampu menjadikan dia pemain yang memiliki gaji paling tinggi dalam dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN