fbpx

Peluang Chelsea ikat Lewandowski cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI

LONDON – Chelsea menerima perkhabaran gembira apabila peluang mereka untuk mendapatkan khidmat penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski dilaporkan semakin cerah.

Presiden La Liga, Javier Tebas dalam kenyataannya sebelum ini menyebut, beliau percaya bahawa Barcelona tidak mampu untuk memenuhi keinginan mereka untuk mendapatkan penyerang berkenaan biarpun spekulasi perpindahannya ke Camp Nou bertiup kencang.

Menurutnya, kedudukan kewangan Barcelona masih lagi rapuh ketika ini untuk mereka berbelanja mewah pada jendela perpindahan nanti.

Lewandowski, 33, mempunyai baki kontrak selama 12 bulan lagi dan Bayern mengesahkan bahawa mereka akan menjual pemain itu pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Malah, pemain itu sendiri mengakui ketika Bayern terikat 2-2 menentang Wolfsburg dan dia berjaya meledak gol ke-35 musim ini bahawa itu merupakan aksi terakhirnya bersama pasukan berkenaan.

“Ini mungkin menjadi aksi terakhir bersama Bayern. Saya tidak boleh katakan 100 peratus, tetapi ia adalah satu kemungkinan yang besar. Kami akan cuba mencari jalan terbaik untuk diri saya dan kelab ini,” kata Lewandowski.

Barcelona menyatakan secara jelas keinginan mereka untuk mendapatkan pemain tersebut yang dilihat sebagai penyelesaian masalah di bahagian jentera serangan mereka.

Bagaimanapun, Chelsea juga memantau secara dekat perkembangan tersebut selepas kecewa dengan prestasi penyerang mereka, Romelu Lukaku selain pengurus pasukan itu, Thomas Tuchel sangat meminati Lewandowski.

Laporan menyebut bahawa Lewandowski lebih cenderung untuk menyertai The Catalans, namun kenyataan yang dibuat oleh Tebas mungkin akan mempengaruhinya untuk membuat keputusan berbeza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN