PETALING JAYA – Orang ramai terkejut apabila melihat harga ikan siakap dijual pada harga RM24.90 sekilogram di sebuah pasar raya.
Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter milik pengguna bernama @ApanZhafran, sebelum ini, harga ikan siakap tersebut antara RM10.90 hingga RM14.90 sekilogram sahaja.
Ciapan itu telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna Twitter yang lain.
Meninjau di raungan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenaikan harga tersebut.
“Ini bukan naik sedikit, tetapi dua kali ganda kenaikan,” ujar pengguna @missaoki
“Ikan juga naik harga sekarang, pelik,” komen @FarhanIshak
“Ini kalau beli dua kilogram, sudah kena hampir RM50,” kata pengguna @theltboss- KOSMO!ONLINE