fbpx

Nik Ezanee bukan lagi ADC PM, kembali ke Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ezanee

KUALA LUMPUR – Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal akan kembali bertugas dalam lapangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor itu dilapor akan bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

“Ya, arahan pertukaran sudah dikeluarkan pihak atasan PDRM dan dia (Nik Ezanee) sepatutnya perlu melaporkan diri sebelum atau pada 20 Jun ini untuk tugas baharu di Bukit Aman.

“Nik Ezanee akan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Pendataan/Analisa JPJKK di Bukit Aman, katanya,” ujarnya ringkas.

Tegas beliau, ketika ini sudah ada pegawai baharu yang menggantikan tugas Nik Ezanee sebagai ADC.

Sementara itu, Nik Ezanee yang bertugas sebagai ADC kepada Perdana Menteri sejak Disember tahun lalu enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Beliau memaklumkan masih menunggu arahan rasmi untuk melapor diri di Bukit Aman yang difahamkan pada awal Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN