fbpx

Maudy Ayunda diam-diam nikahi jejaka berdarah Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAUDY AYUNDA selamat bernikah dengan seorang jejaka berdarah Korea semalam.

JAKARTA – Pelakon dan juga penyanyi popular Maudy Ayunda mengejutkan dunia hiburan Indonesia dan serantau selepas melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis sederhana di kediamannya di Jakarta, semalam.

Difahamkan, pelantun lagu Cinta Datang Terlambat itu telah berkahwin bersama seorang jejaka berdarah Korea bernama Jesse Jiseok Choi.

Biarpun majlis pernikahan Maudy mengejutkan ramai peminatnya, bagaimanapun khabar gembira itu disambut baik apabila wanita yang dikenali dengan gelaran ‘beauty with brain’ itu akhirnya menamatkan zaman solo pada usia 27 tahun.

Berita tentang pernikahan Maudy menjadi buah mulut ramai selepas dia berkongsi beberapa foto suasana majlis perkahwinan dalam Instagram miliknya.

Kad undangan majlis pernikahan Maudy bersama Jesse turut tular dalam media sosial apabila dikongsi sendiri pengarah dan juga produser terknal, Mira Lesmana, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa wanita itu telah pun sah bergelar seorang isteri.

“Semoga selamat untuk Maudy dan Jesse. Kalian adalah pasangan yang sama cantik dan serasi. Aku menangis di hari bahagia kamu berdua,” tulis Mira.

Dalam Instagram, bintang filem Habibie & Ainun itu turut berkongsi penampilannya berbusana pengantin rona putih dan dilengkapi selendang panjang menutupi sanggulnya.

Maudy sebelum ini pernah memberitahu media bahawa dia tidak begitu selesa untuk berkongsi perihal peribadinya untuk tatapan umum.

Bahkan wanita itu juga tidak pernah mendedahkan ada mana-mana lelaki yang menjadi kekasihnya selama ini sehinggalah kedua-duanya selamat bergelar suami isteri, semalam.

Difahamkan, Jesse dibesarkan di Amerika Syarikat (AS) dan telah menetap lama di Indonesia. Kedua-duanya berkenalan ketika sama-sama melanjutkan pengajian di Universiti Standford, AS sejak beberapa tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI