fbpx

Luahan pembaca: Sampai bila AKSB nak ‘jamu’ air keruh, bau selut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah warna air yang diterima terutamanya selepas gangguan bekalan air di Machang, Kelantan.

Saudara pengarang,

Luluh hati saya apabila melihat kualiti air di rumah keluarga di Machang, Kelantan ketika pulang menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Airnya bukan sahaja keruh seperti ‘air teh beng’, berbau selut dan kadang-kadang hitam karat yang keluar dari paip selepas gangguan bekalan air.

Lebih menyedihkan, apabila dua hari sebelum raya, rumah kami ketiadaan air langsung sehingga terpaksa membeli air mineral untuk minum dan memasak.

Nasib baiklah jiran kami mempunyai telaga tiub, bolehlah menumpang mandi dan membasuh pakaian menggunakan air tersebut.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku, sebelum ini pernah kawasan perumahan keluarga turut dicatu air selama beberapa minggu.

Air dibuka dari pukul 7 pagi sehingga 7 petang sahaja dan malam langsung tiada air.

Terpaksa keluarga saya dan jiran menadah air untuk kegunaan pada waktu malam.

Isu ini sebenarnya bukan perkara baharu, namun sudah berpuluh tahun. Bagaimanapun, kami hanya mampu bersabar dan tetap membayar bil setiap bulan walaupun yang keluar dari paip ‘air teh beng’, ‘air karat’ serta ada kalanya angin sahaja.

Sudah tiba masanya, pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) memikirkan cara yang lebih efektif menangani masalah ini kerana ia bukan sahaja berlaku di daerah Machang, tetapi hampir keseluruhan daerah di Kelantan.

Jangan hanya berpeluk tubuh di kerusi empuk dalam pejabat, kami mahu setiap bil yang dibayar berbaloi dengan kualiti air yang kami dapat.

Adik Lie,
Pangkal Meleret, Machang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI