fbpx

Lelaki Myanmar ditahan cuba culik kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menahan seorang lelaki warga Myanmar yang cuba menculik seorang kanak-kanak di Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di tepi jalan berhampiran Pusat Dagangan Batu 3, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu suspek cuba melarikan kanak-kanak berkenaan selepas dipercayai menutup muka mangsa dengan kain lampin putih.

“Berdasarkan laporan, bapa mangsa memaklumkan ketika kejadian dia terdengar jeritan isterinya menyatakan anak bongsu mereka daripada tujuh beradik itu dilarikan lelaki tidak dikenali.

“Bapa mangsa bertindak mengejar suspek dan berjaya menangkap suspek yang kemudiannya bertindak melepaskan mangsa dan dengan bantuan orang ramai suspek diserahkan kepada polis,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Zahari suspek ditahan di bawah Seksyen 363/511 di atas cubaan melarikan orang dan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Katanya, siasatan giat dilakukan dan pihak polis turut merampas kain lampin yang dipercayai digunakan suspek untuk menutup kepala mangsa.

Dalam pada itu Wan Zahari berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang datang ke negara ini sejak tiga bulan lalu tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang di sekitar jeti nelayan Batu 3, di sini.

Katanya suspek yang kurang fasih berbahasa Melayu bekerja mengambil upah membantu kerja-kerja nelayan di sekitar jeti berkenaan.

“Suspek yang pernah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun mengaku menculik mangsa kerana menyayangi mangsa dan mahukan anak memandangkan mangsa dikatakan tidak mempunyai anak.

“Dalam masa sama juga kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah gangguan mental dan emosi,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI