fbpx

Lee Dong-wook suka wanita berambut pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE DONG-WOOK

MENJADI antara salah seorang aktor paling popular dan kacak dalam arena hiburan Korea Selatan membuatkan kehidupan peribadi dan status diri Lee Dong-wook sering menjadi perhatian.

Paling kerap menjadi pertanyaan adalah tentang isi hatinya sama ada kini sudah berpunya atau tidak.

Ketika muncul dalam program Studio Waffle, Dong-wook terbuka berbicara tentang ciri-ciri pasangan ideal idamannya.

Kata pelakon drama Bad & Crazy itu, dia sebenarnya tidak mempunyai ciri-ciri tertentu tetapi lebih tertarik dengan wanita yang berambut pendek.

Pada masa sama ketika ditanya adakah dirinya percaya dengan takdir cinta, aktor itu berkata: “Saya selalu berfikir dalam hati bahawa saya akan berjumpa seseorang secara spontan. Mungkin ketika saya duduk sendirian di dalam kapal terbang.

“Saya rasa, saya sepatutnya kahwin sebelum usia 50 tahun,” ujar Dong-wook, 39.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI