fbpx

Hujan lebat di Pahang, Selangor dan KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti.

“Ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Raub dan Bentong manakala di Selangor pula membabitkan Gombak dan Hulu Langat.

“Selain itu, keadaan sama turut diramalkan berlaku melibatkan keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI