AKTRES jelita Eva Longoria mendedahkan dia memakai sehelai gaun berona emas yang dibelinya pada harga AS$40 (RM176) ketika menghadiri Festival Filem Cannes pertamanya pada 2005.
Bercakap kepada majalah terkemuka People, Longoria turut mengakui tidak tahu tentang festival filem berprestij tersebut dan hadir sekadar memenuhi jemputan yang diterima.
“Pada 2005, saya hadir buat pertama kali ke Festival Filem Cannes dan memakai sehelai gaun berwarna emas yang dibeli pada harga AS$40 dolar.
“Tiada siapa pun yang tahu kecuali saya bahawa gaun yang digayakan pada malam itu berharga kurang AS$100 dolar,” katanya.
Ujar bintang popular rancangan Desperate Housewives itu, dia membeli gaun tersebut di sebuah kedai pakaian biasa yang terletak di Melrose Avenue, California.