fbpx

Beratur 5 jam untuk dapatkan nombor giliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pelanggan yang terpaksa beratur panjang hampir lima jam untuk mengambil nombor giliran ketika berurusan di Kompleks KDN Setia Tropika, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Orang ramai meluahkan kekecewaan mereka terhadap mutu perkhidmatan Jabatan Imigresen kerana terpaksa beratur sehingga hampir lima jam hanya semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran bagi urusan pengambilan pasport.

Nur Hazwan Sharifulazman, 37, memberitahu, dia mula beratur di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika seawal pukul 7.50 pagi, sebelum diberi nombor giliran bernombor 270.

Menurut beliau, pegawai yang memberikan nombor berkenaan memaklumkan itu adalah nombor giliran kehadiran manakala mereka masih perlu beratur untuk mendapatkan nombor giliran bagi melakukan urusan di kaunter.

“Saya sangka jika tiba sebelum pukul 8 pagi, mungkin tidak terlalu ramai orang tetapi sangkaan saya meleset, rupanya saya individu ke 270 yang hadir, saya tidak tahu mereka yang lebih awal ini hadir daripada pukul berapa.

“Ini sudah hampir pukul 12, saya masih beratur bagi mendapatkan nombor di kaunter, saya hanya mahu melaksanakan urusan pengambilan pasport setelah membuat pembaharuan secara atas talian tiga minggu lalu.

“Saya dimaklumkan akan diberitahu apabila pasport sudah siap untuk diambil menerusi emel, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas jadi saya terus ke sini untuk mendapatkan perkembangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks KDN Setia Tropika, di sini hari ini.

Tambah Nur Hazwan yang sudah bekerja di Singapura sejak enam tahun lalu itu, pihaknya berharap Jabatan Imigresen dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana majoriti rakyat yang berurusan di sini turut perlu membawa anak-anak mereka.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya ambil maklum perkembangan semasa yang dihadapi rakyat Johor yang ingin memohon atau memperbaharui pasport mereka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI