fbpx

Belon udara panas terbabas atas kereta, hampir rempuh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebuah belon udara panas yang hampir merempuh rumah penduduk tempatan di Taunton, bandar Somerset. - Nicki Witherden / SWNS

LONDON – Sebuah belon udara panas dilaporkan mendarat secara mengejut dan hampir merempuh beberapa buah rumah di Britain, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Penduduk tempatan menyaksikan kejadian mendebarkan itu apabila belon udara panas tersebut dilihat terbang amat rendah dan tidak stabil.

Seorang saksi melihat belon itu melambung ke atas sebuah kereta model BMW M5 sebelum mendarat di tempat letak kereta di Taunton, bandar Somerset. 

Seorang penduduk tempatan, Nicki Witherden berjaya merakam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam (waktu tempatan) itu, Khamis lalu.

“Saya tertidur ketika pasangan mengejutkan saya sambil berkata bahawa sesuatu telah berlaku. Jadi, saya terus bangun dan ketika menjenguk ke luar balkoni, saya dapat melihat sebuah belon udara panas bersaiz besar.

“Ramai orang berkumpul untuk melihatnya dengan penggera kecemasan dibunyikan. Tiada sesiapa didapati cedera,” kata Witherden.

Pengendali belon udara dan beberapa penduduk berhampiran kemudian bekerjasama untuk mengalihkan belon itu lantas membungkusnya.

“Pengendali belon udara telah membawa kami turun dengan selamat,” kata seorang individu yang berada di atas belon itu di media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI