fbpx

Terduduk bila berdepan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSMANIZA (dua dari kanan) dan Nurrussila (dua dari kiri) bersama dua ahli pasukan Tunik.my pada majlis penghargaan anjuran syarikat baru-baru ini.

TAIPING – Mengimbas kembali sewaktu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac dua tahun lalu, salah seorang pengasas Sugarsista Sdn. Bhd., Yusmaniza Zulkifli mengakui dia dan adiknya, Nurrussila jatuh terduduk hingga terfikir adakah itu pengakhiran bisnes dijalankan.

“Tapi mentor kami, Datuk Wira Dr. Azizan Osman panggil dan sediakan kami banyak idea dan strategi yang menyumbang kepada penyelesaian.

“Tanpa beliau dan RichWorks, mungkin jenama Tunik.my masih ‘teragak-agak’, langgar dinding dan main buat sahaja,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Dua beradik ini bermula dengan modal berjumlah RM500 pada 2012 dan tahun lalu, mereka mencatatkan jualan RM19 juta.

Menurut Yusmaniza, sewaktu pelaksanaan PKP yang pada mulanya dianggap sebagai musibah, mereka berjaya memecah rekod jualan untuk mencapai RM1 juta sebulan dan prestasi berkenaan dapat dikekalkan sehingga hari ini.

Pada masa sama, bisnes dijalankan turut membantu dropship Tunik.my menjana pendapatan.

“Melalui keuntungan diperolehi, ada ahli kami yang guna untuk membayar cukai jalan kereta, memasang penghawa dingin di bilik dan beli kerusi roda untuk ibu mereka.

“Meskipun kelihatan kecil, bagi usahawan kami itulah antara perkara yang sangat disyukuri hasil bisnes dijalankan,” ujar Yusmaniza.

Bagi yang ingin bersama Sugarsista termasuk dari Singapura dan Brunei, boleh layari laman web www.tunik.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI