fbpx

Tanah runtuh : Sebuah rumah rosak, 8 tidak selamat didiami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang terjejas akibat kejadian tersebut.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah rosak manakala lapan lagi dilaporkan tidak selamat untuk didiami selepas berlaku mendapan tanah di Lorong Selangat, Taman Pertama pada awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.52 pagi.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak bersama dua jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati mendapan tanah telah menyebabkan sebuah rumah telah runtuh manakala lapan rumah lagi berada dalam keadaan tidak selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, bomba bersama pihak polis telah mengarahkan penduduk untuk keluar dari rumah dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

“Kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan.

“Tugas-tugas seterusnya telah diserahkan kepada agensi terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI