SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menaja bangsa usahawan hadir ke program khas secara fizikal bagi menyediakan mereka berdepan cabaran bisnes masa kini.
Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd. berkata, program dua hari itu akan dijalankan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang akan tamat program di Columbia Business School hujung bulan ini.
Jelasnya, ia khusus buat bangsa usahawan tak kira yang berniaga di rumah, tepi jalan hingga memiliki kilang dan syarikat besar.
“10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis akan diadakan di Setia City Convention Centre pada 4 dan 5 Jun nanti.
“Ini usaha RichWorks dalam menyokong bangsa usahawan berdepan cabaran semasa yang mana jika tidak diuruskan betul, boleh menjejaskan bisnes masing-masing,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambah Radz, meskipun berdepan peningkatan kos termasuk dari segi sewaan dewan, pihaknya tetap mahu berjumpa bangsa usahawan secara langsung.
“Sekitar dua tahun kami adakan program keusahawanan secara virtual, dengan lebih 400,000 dilatih dan dibimbing.
“Kini dalam fasa peralihan ke endemik, kami mahu bawakan kembali program secara fizikal,” jelasnya.
Tempat adalah terhad dan mereka yang berminat boleh imbas kod QR tertera.