fbpx

PGA rampas rokok tidak bercukai RM558,240

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guni mengandungi rokok tidak bercukai dan beberapa kenderaan yang dirampas ketika serbuan.

SEMENYIH – Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya mematahkan cubaan sekumpulan lelaki menyeludup rokok tidak bercukai bernilai RM558,240 di Bandar Rinching di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua lelaki berkenaan terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 34 hingga 47 tahun.

“Serbuan telah dilakukan kira-kira pukul 8.30 pagi dan kesemua lelaki berkenaan ditahan ketika sedang leka memunggah guni mengandungi rokok seludup ke dalam kenderaan.

“Sebanyak 6,200 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM558,240 telah dirampas. Tiga buah kenderaan dan empat telefon bimbit turut dirampas menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM1,308,734,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati, kumpulan ini telah aktif dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok tidak bercukai sejak setahun lalu.

“Rokok tidak bercukai terbabit telah diambil di sekitar Klang menggunakan lori sebelum diedarkan di sekitar Semenyih dan Kajang.

“Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 34 hingga 47 tahun tersebut berperanan sebagai pemandu, kelindan serta penerima telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI