fbpx

Pertumbuhan industri pelancongan Kelantan capai 65 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Anizam (kiri) menandatangani plak selepas merasmikan cawangan ke-20 Kemudi Timur di Batu 8, Batang Merbau dekat Tanah Merah hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

TANAH MERAH – Pertumbuhan ekonomi industri pelancongan di Kelantan telah meningkat kepada 65 peratus selepas negara beralih ke fasa endemik bermula 1 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding semasa fasa pandemik Covid-19 baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menyasarkan pertumbuhan ekonomi industri tersebut di negeri ini dapat dipulihkan dan mampu mencapai sehingga 90 hingga 95 peratus menjelang hujung tahun ini.

“Sehubungan itu, kita akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Festival Gendang dan Karnival Hari Muzium yang bakal diadakan dalam musim cuti persekolahan bulan depan.

“Selain itu, aktiviti pelancongan yang popular di Kelantan iaitu Train to Dabong akan diteruskan dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Cawangan Ke-20 Kemudi Timur Elektronik Sdn. Bhd. (Kemudi Timur) di Batu 8, Batang Merbau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Md. Anizam, kerajaan negeri turut menjangkakan seramai 400,000 pelancong domestik akan berkunjung dan melawat tempat-tempat menarik di Kelantan sepanjang musim cuti persekolahan awal Jun ini.

Katanya, jumlah itu pastinya menunjukkan pertambahan kenderaan masuk ke negeri ini sekali gus dapat membantu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi industri pelancong pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI