fbpx

Netizen lambat tahu Tasha Shilla hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA mengumumkan kehamilan anak keduanya pada Januari lalu.

MATA netizen memang tajam. Benda yang tersorok bukan main laju lagi nampak, termasuklah perut orang.

Baru-baru ini pelakon Tasha Shilla ada berkongsi foto ketika menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan seorang rakannya.

Dalam hantaran tersebut, Tasha yang ditemani suaminya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana dijemput ke rumah terbuka itu.

Tetapi lain yang jadi apabila pengikutnya dalam Instagram perasan ada ‘sesuatu’ yang tidak kena pada perut Tasha kerana kelihatan lebih buncit seolah-olah dirinya sedang hamil.

Maka berduyun-duyunlah peminatnya teruja melihat ‘baby bump’ pada perut Tasha dan mengucapkan tahniah atas kehamilan cahaya mata kedua itu.

“Sha (panggilan Tasha) hamil ke?” soal seorang peminatnya.

“Nampak macam ada baby bump,” tegur seorang lagi peminatnya.

“Wow! Macam ada baby bump. Hamil ke?” ujar seorang lagi peminatnya teruja.

Diva sebenarnya rasa kelakar, sebab Tasha sudah pun maklumkan sejak Januari lalu bahawa dirinya kini memang sedang hamil anak kedua. Ini kali pertama netizen lambat dapat maklumat!

DIVA: Khabarnya penyanyi Ashira Aziz kembali menyanyi di kelab malam. Betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI