fbpx

Memburu hadiah utama hari terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIGA Fantasi Kosmo! menawarkan hadiah lumayan dengan keseluruhan bernilai RM80,000 termasuk pakej menyaksikan perlawanan EPL di London musim depan.

BAHANG penentuan kejua­­ra­an Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/22 semakin dirasai apabila aksi terakhir melibatkan semua 20 pasukan akan berlangsung secara serentak, sekali gus menutup tirai rasmi malam ini.

Kosmo! turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan sai­ngan liga No.1 dunia itu apabila penganjuran pertandingan Liga Fantasi Kosmo! juga menutup tirai dengan bakal-bakal pemenang hadiah utama bakal diketahui dan diumumkan tidak lama lagi.

Liga Fantasi Kosmo! yang dianjurkan menerusi platform Fantasy Premier League (FPL) telah mendapat sambutan begitu hangat dengan penyertaan berdaftar hampir 7,000 peminat EPL serta ‘kaki’ FPL bagi me­rebut hadiah keseluruhan bernilai RM80,000.

Lebih mendebarkan, Liga Fantasi Kosmo! akan mengumumkan senarai pemenang terakhir termasuk individu bertuah yang meraih hadiah utama iaitu tiket menyaksikan perlawanan EPL musim 2022/2023, tiket penerbangan pergi dan balik ke London, kemudahan perjalanan dan penginapan di United Kingdom serta wang saku berjumlah RM2,000.

Memasuki perlawanan ming­gu ke-38, para peserta Liga Fantasi Kosmo! masih boleh me­lakukan pecutan terakhir serta memiliki harapan untuk memenangi beberapa lagi hadiah yang ditawarkan.

Ini termasuk PS5, smart TV berjenama, wang tunai RM300 untuk pemenang tempat ketiga sehingga ke-10 dan RM200 kepada lima pemenang mingguan tertinggi.

Malah, peserta mengumpul mata keseluruhan tertinggi juga akan menerima bayaran wang tunai saguhati dengan jumlah bergantung kepada kedudukan terakhir mereka.

Pintu terakhir jendela perpindahan bagi GW38 akan tamat pada pukul 8 malam ini. Ayuh pemain, ramai-ramai kita mengatur strategi terakhir untuk menang hadiah keseluruhan bernilai RM80,000. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI