KALAU sebut sahaja nama Dafi, sudah terbayang bapanya yang merupakan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.
Mungkin kerana jawatan yang disandang oleh bapanya, platform media sosial Dafi tidak semena-mena menjadi kaunter pertanyaan netizen.
Paling jelas terlihat dalam ruangan komen video TikToknya baru-baru ini. Dalam video tersebut, Dafi menari tetapi ruangan komen dibanjiri dengan 1,001 pertanyaan dan permintaan rakyat Malaysia.
Meneliti semua komen tersebut, Dafi boleh diibaratkan seperti ‘orang tengah’ untuk menyampaikan luahan rakyat terhadap bapanya.
Antara yang diluahkan netizen ialah tentang isu krisis makanan dan peningkatan harga barangan keperluan.
“Video menari tetapi buka bahagian komen penuh tentang isu politik,” kata seorang netizen.
“90 peratus komen semua tentang bapanya, lucu pula,” komen pengguna TikTok lain.
Tabahlah Dafi, mungkin mereka berharap apa yang disuarakan akan sampai kepada pengetahuan si bapa.
Tidak salah kan jadi orang tengah demi kesejahteraan rakyat dan negara.
DIVA: Terpesona dengan kejelitaan Mira Filzah selepas melahirkan putera sulungnya baru-baru ini.