fbpx

Liverpool anggap musim telah lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD (tengah) menganggap Liverpool sudah mengharungi musim yang cukup cemerlang biarpun jika mereka gagal meraih gelaran EPL kali ini. – AFP

LIVERPOOL – Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold percaya pasukannya perlu mengakui bahawa ini ada musim terbaik mereka walaupun jika gagal memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Perebutan gelaran terpaksa ditentukan pada aksi terakhir malam ini apabila Liverpool hanya ketinggalan satu mata berbanding pendahulu, Manchester City ketika mereka bakal me­layan kunjungan Wolverhampton Wanderers di Anfield.

Ketika ini, The Reds sudah berjaya meraih dua trofi apabila merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris dan Piala FA selain bakal membuat perhitungan pada aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dalam pemburuan quadruple mereka.

“Setelah apa yang kami lalui ketika ini, saya boleh menganggapnya sebagai salah satu musim terbaik untuk kami dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

“Kami berjaya mendapatkan trofi dalam dua aksi final, ia adalah pencapaian yang cukup sempurna tidak kira apa yang akan berlaku pada Ahad nanti,” katanya.

Liverpool ketinggalan 14 mata di belakang City pada Januari lalu, namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya bangkit dengan meraih 47 mata daripada 51 mata maksimum ditawarkan untuk memberikan tekanan kepada The Citizens.

Musim ini menyaksikan hanya Virgil Van Dijk menjadi pemain yang beraksi lebih minit perlawanan berbanding Alexander-Arnold dan pemain berusia 23 itu telah beraksi sebanyak 45 kali dengan menjaringkan dua gol, manakala menyumbang 19 bantuan gol setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI