fbpx

Lelaki sakit mental ugut bunuh ibu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan selepas mengugut untuk membunuh ibunya di rumah mereka di Felda Gunung Besout 5 dekat Sungkai, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 27 tahun dan tidak bekerja itu ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa selepas menerima ugutan melalui panggilan telefon pada pukul 9 malam.

Menurutnya, wanita berusia 65 tahun itu mendakwa telah dimaki hamun anaknya sambil mengeluarkan ugutan berbunyi ‘mak kau jangan balik, kalau kau balik mati kau mak’.

“Dalam kejadian ini, ibu suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kerana hanya diugut oleh anak lelakinya melalui panggilan telefon.

“Warga emas itu memaklumkan suspek mempunyai sejarah sakit mental dan perlu mengambil ubat. Kejadian amukan itu disebabkan suspek enggan makan ubat sepertimana disarankan doktor,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek yang masih belum berkahwin itu ditahan dan dibawa ke Hospital Slim River di sini untuk pemeriksaan kesihatan.

“Semakan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Tujuan laporan polis dibuat ibu suspek adalah untuk memohon bantuan pihak polis membawa anak lelakinya itu ke hospital,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI