fbpx

Lelaki disyaki terjun Jambatan Banting ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa di sungai berkenaan.

KUALA LANGAT – Kehilangan seorang lelaki yang disyaki terjun ke dalam Sungai Kuala Langat di Jambatan Banting di sini, semalam terungkai apabila mayatnya ditemui hari ini.

Mangsa berusia 20 tahun itu ditemui terapung di sekitar sungai tersebut pada pukul 1.14 petang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat berkenaan dijalankan pihaknya dengan menggunakan dua bot.

“Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira satu kilometer (km) dari lokasinya dipercayai terjun.

“Lelaki berkenaan dipercayai terjun dari Jambatan Banting sebelum dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas nekad terjun ke dalam sungai berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, mangsa berusia 20 tahun turut meninggalkan kereta Toyota Camry dipercayai dipandunya di sekitar lokasi berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI