fbpx

Isteri Haqiem Rusli ditegur berpakaian seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Haqiem Rusli, Anis Sofea ditegur kerana gaya pemakaiannya agak seksi ketika bercuti ke Turki.

KASIHAN isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea apabila dikecam netizen gara-gara berkongsi beberapa keping foto memperlihatkan imejnya yang agak seksi ketika berbulan madu ke Turki baru-baru ini.

Kalau sudah namanya berkahwin dengan artis popular, mahu atau tidak, terpaksalah ‘tadah telinga’ dengan kecaman-kecaman netizen.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Anis dilihat memakai pakaian serba hitam yang ditutup dengan jaket berwarna coklat.

Namun malangnya, jaket tersebut sengaja tidak dizip sepenuhnya. Maka terlihatlah ‘bentuk’ yang tidak sepatutnya dilihat oleh netizen.

Difahamkan seluar ketat hitam dan dipadankan bersama kasut but potongan tinggi yang digayakan Anis juga tidak sesuai kerana nipis. Tetapi gambar tersebut telah dipadam olehnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya menegur agar dia bersikap lebih sensitif dan menutup aurat dengan sempurna.

“Perlu ke kongsi benda tayang dada tu?” tegur seorang netizen.

“Lebih baik jangan pakai tudung. Pakai sahaja baju ketat dengan seluar pendek,” kata seorang lagi netizen.

Diva harap netizen kalau nak menegur pun jangan lebih-lebih. Menegur tiada masalah, tapi jangan sampai menghina okey.

DIVA: Tegang betul muka penyanyi dangdut Amelina ketika Diva bertemunya dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI