fbpx

Gelandangan pukul wanita dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan polis (gambar kanan) dan mangsa (kiri).

KLANG – Lelaki gelandangan yang menyerang seorang wanita sehingga cedera di sebuah pusat beli belah di di sekitar daerah ini, Rabu lalu berjaya diberkas polis hari ini.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Jalan Tiara Bandar Baru Klang di sini, kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu dilakukan pihaknya hasil laporan mangsa berusia 30-an berkaitan kes cubaan samun oleh suspek.

Katanya, siasatan mendapati wanita  yang berjalan bersendirian itu ditendang sehingga terjatuh selain dipukul di muka dan kepala.

“Semakan mendapati suspek memiliki 16 rekod jenayah termasuk dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing lelaki itu turut didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di muka dan kepala apabila diserang seorang gelandangan dalam cubaan samun di sebuah pusat beli belah di Klang dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI