fbpx

Ahmad Faizal yakin tuai emas ‘bonus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (tengah) mengakui atlet negara kini sedikit lega selepas sasaran emas berjaya dicapai dan kini fokus untuk meraih pingat emas tambahan. – FB MSN

HANOI – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal ­Azumu yakin beberapa pingat emas ‘bonus’ mampu dituai sebelum temasya Sukan SEA Veitnam 2021 melabuhkan tirai secara rasmi esok meskipun Kontinjen Malaysia sudah melengkapkan sasaran 36 emas pada temasya dwitahunan tersebut.

Ahmad Faizal menyeru rakyat Malaysia terus memberi soko­ngan padu kepada atlet negara yang sedang berjuang, terutama dua atlet Muay Thai negara yang telah mengesahkan tiket ke final.

Dua atlet muda negara iaitu Nur Amisha Azrilrizal dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mengesahkan slot ke pertarungan final untuk memburu emas buat kontinjen Malaysia hari ini.

“Kita sama-sama doakan agar atlet negara yang mara ke final pada pertembungan terakhir esok (hari ini). Pada hari pertama dulu kita susah hati, tetapi kini kita dah berjaya capai 36 emas.

“Kita menantikan lebih ba­nyak pingat mampu dikutip negara. Saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada semua atlet negara untuk mengatasi sasaran yang telah kita tetapkan. Doakan semua atlet dapat capai emas seterusnya.

“Mengenai dua atlet Muay Thai, saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua. Meskipun mereka turun sebagai underdog, saya yakin mereka akan berjuang habis-habisan untuk pastikan kemenangan menjadi milik negara.

“Saya harap rakyat Malaysia terus mendoakan kejayaan atlet negara di bumi Hanoi ini dan seterusnya kita dapat capai emas seterusnya,” katanya semalam.

Kelmarin, skuad karate melengkapkan sasaran 36 emas dalam acara kumite berpasukan lelaki menerusi gandingan yang dibarisi S. Prem Kumar, Sureeya Sankar Hari Sankar dan R. Sharmendran yang menewaskan Indonesia 3-0 pada final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI