fbpx

435 saman dikeluarkan dalam tempoh tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam operasi pada hujung minggu yang dijalankan JSPT Kuala Lumpur. /FOTO IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 435 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula pada Jumaat hingga awal pagi tadi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi telah dijalankan di sekitar ibu negara antaranya melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching.

“JSPT Kuala Lumpur telah mengadakan Ops Bersepadu, Ops Samseng Jalanan, Ops Had Laju, Ops Motosikal/Pelbagai Kesalahan dan Ops Mabuk dengan kekuatan 14 pegawai kanan dan 89 pegawai rendah.

“Secara keseluruhan, sebanyak 435 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 13 buah motosikal telah disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai ekzos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menerusi operasi yang dijalankan, seramai 23 lelaki berusia dalam lingkungan 23 hingga 68 tahun telah ditahan kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh dibawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi terbabit juga berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di Jalan Raja Laut dan merampas satu paket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja.

“Polis turut menahan lapan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya termasuk melakukan aksi ‘superman’, zig-zag dan berlumba,” jelasnya.

Tambahnya, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI