fbpx

114 jurulatih, tenaga pengajar bomba terima kenaikan elaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) memeriksa perbarisan pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di Kepala Batas, Seberang Perai hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kerajaan meluluskan permohonan bayaran Elaun Kemahiran Khas kepada pegawai yang bertugas sebagai jurulatih dan tenaga pengajar di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan bayaran bayaran Insentif Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sebanyak RM30 bagi setiap operasi dan bayaran Insentif Penyelamat Di Air sebanyak RM30 bagi setiap operasi dengan maksimum RM600 sebulan.

Tambah beliau, bayaran Insentif Rawatan Kecemasan (EMRS) dan bayaran Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu diberikan melibatkan kadar secara pro rata dengan maksimum RM150 sebulan.

Katanya, kelulusan elaun itu akan memberi manfaat kepada 114 pegawai bomba dari Gred KB19 hingga KB38 yang bertugas sebagai jurulatih dan tenaga pengajar di lima Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM).

“Walaupun pada peringkat awal kita menerima permohonan dengan kadar RM300 bagi dua insentif untuk jurulatih dan tenaga pengajar, saya berpandangan kadar itu tidak sesuai dan saya telah mengarah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah jumlah elaun-elaun jurulatih dan tenaga pengajar terlibat.

“Diharapkan dengan kelulusan ini, jurulatih dan tenaga pengajar dengan kemahiran khas ini akan terus meningkatkan komitmen dan kualiti kerja ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berwibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 dan Pelancaran Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara 2021-2030 di pekarangan Dewan Millenium, Kepala Batas di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Pada acara itu, seramai 1,795 orang terdiri daripada 32 kontinjen JBPM dan agensi jemputan Frontliners Keluarga Malaysia mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan di samping 71 buah jentera dan kenderaan kebombaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI