fbpx

Warga emas keluar simpang secara mengejut maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 50, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang semalam. FOTO IHSAN POLIS.

MACHANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 50, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Haron Che Yeh, 80, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis SYM dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri jalan secara mengejut.

Menurutnya, ketika kejadian, sebuah kereta jenis Proton Pesona yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bachok tidak sempat menekan brek.

“Insiden itu menyebabkan kereta berkenaan merempuh motosikal yang ditunggang mangsa sebelum melambung lalu jatuh ke laluan menghala ke Kuala Krai.

“Mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI