fbpx

Wanita rugi RM560,000 ditipu jual beli emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki yang ditahan awal pagi tadi di sebuah hotel sekitar Jalan Stesen Sentral.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM560,000 akibat ditipu menerusi urusan jual beli emas dalam kejadian di Jalan Conlay, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM560,000 semasa berurusan dengan suspek sekitar pukul 4.10 petang.

“Suspek kemudian melarikan duit berkenaan tanpa memberikan emas yang dijanjikan kepada mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek telah memperdayakan mangsa dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis telah menahan seorang seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam serbuan di sebuah hotel sekitar Jalan Stesen Sentral, di sini awal pagi tadi.

“Hasil serbuan, kita turut merampas sebuah kereta, wang tunai RM250,750, tiga unit telefon bimbit, sepasang kasut, sehelai baju, satu cop syarikat, sebuah beg, buku cek, lima kad ATM, pasport dan sekeping kad akses rumah.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI