fbpx

Tujuh anak tumpang kasih ibu mentua angkara dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Ilah bersama dua daripada tujuh anaknya ketika mereka tinggal di sebuah rumah usang di Jalan Tahana, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Tujuh beradik terpaksa berpisah dengan insan tersayang selepas ibu bapa mereka menjalani rawatan pemulihan dadah.

Pasangan suami isteri terbabit yang masing-masing berusia 34 tahun sudah hampir dua tahun berpisah dengan anak-anak mereka yang berusia antara 4 hingga 18 tahun.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ilah, anak-anaknya kini dijaga oleh ibu mentua di Kelantan selepas mereka diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan sekitar Oktober 2020.

“Memang rindu sangat nak jumpa anak-anak, tetapi sekarang saya masih belum berkesempatan untuk mengunjungi mereka kerana masih menjalani rawatan pemulihan.

“Kami akui tersilap langkah ketika muda dahulu, kesannya nasib dan kehidupan anak-anak terabai dan tidak terurus,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sebuah pusat pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini baru-baru ini.

Pasangan suami isteri itu turut mengakui mereka tersilap langkah mengambil najis dadah ketika berusia 20-an kerana silap memilih rakan selain tertekan dengan desakan hidup.

Ilah memberitahu, kononnya dengan mengambil dadah jenis syabu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun lain pula jadinya.

“Suami tidak bekerja, dia hanya jual barang lusuh untuk membesarkan anak-anak. Pelbagai masalah kami hadapi seperti tak cukup makan dan anak-anak tidak sekolah,” kata­nya.

Wanita itu berharap de­ngan sesi pemulihan yang sedang dijalani bersama suami, mereka akan dapat kembali pulih dan bersama semula dengan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI