fbpx

Pilih sekatan atau bekalan makanan- Medvedev

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDVEDEV dan pemimpin Rusia, Vladimir Putin dirakam bandar Nizhny Novgorod pada 4 November 2011. - AFP

MOSCOW – Bekas Presiden dan kini pegawai kanan keselamatan Russia, Dmitry Medvedev menyatakan kelmarin bahawa Barat tidak sepatutnya mengharapkan Russia terus menyalurkan bekalan makanan sekiranya ia melaksanakan sekatan ketat terhadap Moscow berhubung isu Ukraine.

“Negara ini (Russia) bersedia untuk memenuhi kewajiban kami sepenuhnya. Namun, kami juga perlukan bantuan daripada rakan-rakan perniagaan kami termasuk di platform antarabangsa. 

“Jika tidak, isu ini tidak masuk akal. Ini kerana di satu sudut, Barat menuntut kami supaya membekalkan makanan kepada dunia sedangkan di sudut lain, Barat melaksanakan sekatan ketat terhadap kami. 

“Resmi dunia bukan begitu, kami bukan orang bodoh.

“Negara-negara yang mengimport gandum kami dan produk makanan lain akan berdepan detik sukar tanpa bekalan Russia. Di Eropah dan rantau lain, hanya lalang akan tumbuh tanpa baja kami,” kata Medvedev dalam satu kenyataan menerusi aplikasi mesej Telegram.

Beliau pernah menjawat jawatan Presiden Russia antara tahun 2008 hingga 2012.

Russia dan Ukraine mengeluarkan 30 peratus bekalan gandum dunia.

Kempen ketenteraan Moscow di Ukraine dan sekatan antarabangsa ke atas Russia telah menjejaskan bekalan gandum, baja dan komoditi lain dari kedua-dua negara dalam perkembangan yang menyaksikan harga makanan serta bahan api terutamanya di negara-negara membangun, melambung tinggi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendesak Russia untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine yang disimpan di beberapa pelabuhan di Laut Hitam.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken meduduh tentera Russia menjadikan bekalan makanan untuk berjuta-juta orang di seluruh dunia sebagai ‘tebusan’ terhadap Barat.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova mengulangi pendirian Moscow kelmarin bahawa krisis makanan yang berlaku adalah berpunca daripada sekatan Barat.

“Sekatan yang begitu banyak dilaksanakan oleh Barat ke atas potensi ekonomi luar Russia telah dirasai oleh seluruh dunia. Lebih teruk, negara-negara paling berisiko menjadi yang pertama akan terjejas,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI