BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang pesohor YouTube di Amerika Syarikat (AS) memuat naik bil hospital yang menjadi tular selepas mendakwa perbuatan menangis ketika bertemu doktor dikenakan caj, lapor laman berita India Today.
Camille Johnson memuat naik foto bil hospital milik adiknya sambil membulatkan bahagian di mana dia dikenakan bayaran AS$40 (RM175) kerana menangis.
“Adik perempuan saya benar-benar bergelut dengan keadaan kesihatan sejak kebelakangan ini dan akhirnya telah berjumpa doktor.
“Mereka mengenakan bayaran RM175 kepadanya kerana menangis semasa janji temu tersebut,” jelas Johnson dalam kapsyen.
Video tersebut telah mendapat lebih 500,000 tanda suka dan menuai pelbagai jenis reaksi. – Agensi