fbpx

Lelaki tinggal kereta, terjun Jambatan Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pencarian selepas seorang lelaki dipercayai terjun ke dalam Sungai Kuala Langat selepas meninggalkan keretanya di tepi jalan.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas nekad terjun ke dalam Sungai Kuala Langat di Jambatan Banting di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, mangsa berusia 20 tahun turut meninggalkan kereta Toyota Camry dipercayai dipandunya di sekitar lokasi berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada polis pukul 10.58 malam sebelum anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan menemui sebuah kereta dan barangan peribadi mangsa iaitu telefon bimbit dan selipar di dalam kenderaan itu.

“Polis masih mendapatkan maklumat lain dengan keluarga mangsa dan bomba menjalankan pemantauan di sungai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Norazam, gerakan mencari mangsa sejak pukul 9 pagi tadi masih giat dijalankan menggunakan dua berdasarkan dua bot berdasarkan laporan saksi melihat mangsa terjun di jambatan itu.

“Pencarian dilakukan melalui susur Sungai Kuala Langat menghala Bukit Changgang iaitu sejauh lima kilometer (km) dari lokasi kejadian,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI