fbpx

Ledakan Tiga Janda Melawan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA aktres senior tanah air, Norman Damanhuri, Khatijah Tan dan Raja Azura menjadi ratu panggung minggu berlawan-lawan dengan gadis-gadis muda dalam KKN Di Desa Penari.

SEBELUM masuk panggung bermula 19 Mei lepas, filem Tiga Janda Melawan Dunia sebenarnya sudah mencuri perhatian sejak beberapa minggu lalu.

Jalan cerita menarik dan lakonan hebat barisan pelakon senior merupakan antara faktor utama filem tersebut meraih pujian ramai.

Filem tersebut berkisarkan tiga janda, Khatijah Tan sebagai Midah, Normah Damanhuri (Rohayu) dan Raja Azura (Ani) yang berusaha keras mencari duit untuk membeli tiket konsert artis pujaan mereka iaitu Norman Hakim (Aiman Zalini).

Bermula detik itu, pelbagai cabaran dan orang yang mereka temui sehingga tanpa sedar mereka diburu.

Rata-rata netizen melemparkan pujian kepada pihak produksi yang berani mengambil risiko dengan membariskan pelakon wanita senior sebagai watak utama.

Jika hendak meleraikan segala tanda tanya dalam benak fikiran, silalah ke pawagam menyaksikan filem dengan tiga heroin senior dalam sebuah naskhah hebat pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI