fbpx

Juwaidi alih fokus bidik emas pada Sukan Asia Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUWAIDI menamatkan cabaran memanah pada Sukan SEA Vietnam 2021 dan kini mengalihkan fokus pada Sukan Asia Hangzhou, China tahun depan.

HANOI – Pemanah berpengalaman negara, Mohd. Juwaidi Mazuki mengakui penanti sedekad untuk memburu pingat emas dalam acara compound individu akhirnya terlerai selepas berjaya menjelmakannya pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 kelmarin.

Jelas Juwaidi, dia mahu menjadikan pingat emas tersebut sebagai motivasi utama dalam memburu kemenangan menje­lang temasya Sukan Asia Hangzhou, China dalam acara sama yang dijangka berlangsung pada tahun depan.

Keyakinan itu hadir selepas pemanah berusia 31 tahun itu bukan sahaja membutirkan emas dalam acara individu, malah turut menyumbang emas dalam acara compound campuran ketika bergandingan bersama Fatin Nurfatehah Mat Salleh sebelum menyumbang perak dalam acara berpasukan lelaki.

“Target saya ialah untuk memburu pingat emas dalam acara individu di Sukan Asia Hangzhou, China nanti. Saya tahu temasya tersebut ditangguhkan dan saya harap dengan masa yang ada ini mampu memberi saya ruang melakukan persiapan cukup rapi.

“Saya tahu untuk memburu emas di Sukan Asia bukan mudah kerana sukan memanah ini dikuasai oleh rantau Asia. Jadi untuk sampai ke Sukan Asia, saya perlu bidik emas di Sukan SEA sebelum melakukannya di Hangzhou nanti.

“Kini saya berjaya menggenggamnya dan ia merupakan satu mata yang baik untuk saya lipatkan usaha memburu kejayaan seterusnya di Sukan Asia nanti tahun depan. Berdasarkan pres­tasi pada latihan, saya yakin ada harapan untuk menjelmakan emas nanti dalam acara individu,” katanya.

Skuad memanah kebangsaan negara menamatkan cabaran di Hanoi dengan mengumpul keseluruhan dua emas, dua perak dan lima gangsa. Pencapaian itu bagaimanapun tersasar daripada sasaran awal pasukan memanah iaitu tiga pingat emas seperti di­umumkan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI