fbpx

Ganggu anak murid secara seksual, jurulatih wushu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Seorang jurulatih seni bela diri wushu ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang murid perempuan yang berusia 13 tahun dalam kejadian di rumah suspek pada 11 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek telah melakukan gangguan seksual itu beberapa kali sejak 11 Februari hingga 19 Februari lalu.

“Suspek menggunakan alasan sebagai hukuman terhadap mangsa yang didakwa gagal untuk mematuhi arahannya dalam latihan wushu.

“Mangsa yang ketakutan diugut supaya berdiam diri, namun telah mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 10 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jelasnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

Mengulas lanjut, suspek kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Noriyati Abdullah di talian 016-3516908. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI