PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, hujan lebat serta ribut petir ketika ini lebih tertumpu di Rompin, Pahang serta tiga daerah melibatkan negeri Johor iaitu Segamat, Kluang dan Mersing.
Selain itu, di Sarawak, hujan lebat dilaporkan melanda Sri Aman, Kapit dan Bintulu (Tatau), manakala di Sabah kebanyakan kawasan turut berada dalam cuaca buruk yang sama.
“Antaranya adalah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).
Jelas MetMalaysia, cuaca yang kurang baik itu dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam nanti. – KOSMO! ONLINE