fbpx

2,063 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 merekodkan sebanyak 2,063 kes dengan tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,487,482 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,618 kes sembuh turut direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,422,615 kes.

“Kesemua kes harian yang direkodkan semalam telah dilaporkan di Selangor (786 kes), Kuala Lumpur (405 kes), Negeri Sembilan (120 kes), Pulau Pinang (119 kes), Melaka (116 kes), Perak (112 kes), Kedah (86 kes), Johor (68 kes), Putrajaya (65 kes) dan Sabah (63 kes).

“Seterusnya, Sarawak (50 kes), Pahang (30 kes), Kelantan (14 kes), Terengganu (12 kes), Perlis (11 kes kes) dan Labuan (enam kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, lima kes kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,638 kes namun tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) yang menjadikan jumlah kes BID kekal 7,550 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI