fbpx

Tunggang motosikal dari Pakistan ke Mekah demi tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abrar sempat menunaikan ibadah puasa dan umrah di Mekah selepas menunggang motosikal selama 50 hari dari Pakistan. - Abrar Hassan

ISLAMABAD – Seorang lelaki dari Pakistan, Abrar Hassan menjadi perhatian ramai apabila menunggang motosikal dari kampungnya di Nankana Sahib ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Abrar menyeberangi tiga negara dan menunggang motosikalnya selama 50 hari sebelum tiba di Madinah pada 27 Mac. 

“Ia sentiasa menjadi impian saya untuk mengembara ke Arab Saudi dengan motosikal dan ia menjadi kenyataan tahun ini,” ujar Abrar.

Tambah Abrar, pengalaman istimewa yang diperoleh dari pengembaraan tersebut adalah dia berjaya tiba di Mekah beberapa hari sebelum Ramadan bermula dan berpeluang berpuasa penuh di sana.

“Rakyat Arab Saudi sangat berbudi bahasa dan menyambut kedatangan orang yang tiba di negara mereka untuk menunaikan ibadah dengan tangan terbuka.

“Ketika saya mahu membayar harga teh yang diminum semasa mula-mula sampai di Mekah, peniaga wanita itu menolak selepas mengetahui saya mengembara ke sana dengan menaiki motosikal,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI