PETALING JAYA – Permintaan yang tinggi daripada orang ramai ketika kadar penawaran daripada pemandu semakin berkurangan menyebabkan kadar tambang bagi perkhidmatan e-hailing meningkat sehingga 100 peratus. Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Arif Asyraf Ali bagaimanapun berkata, kenaikan kadar tambang itu tidak menambah jumlah pendapatan pemandu memandangkan kos penyelenggaraan, kos sara hidup dan kos-kos yang lain juga semakin meningkat. Katanya, pendapatan sebenar kira-kira 120,000 pemandu e-hailing termasuk 60,000 yang beroperasi di Lembah Klang tetap sama, di sebalik kenaikan kadar tambang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya