fbpx

Polis buru lelaki berjaket hitam pecah tabung masjid di Tanah Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan seorang lelaki berjaket hitam yang dipercayai memecah dua buah tabung Masjid Ismail Petra, Tanah Merah awal pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Polis sedang memburu seorang lelaki berjaket hitam dan memakai pelitup muka yang disyaki memecah dua buah tabung Masjid Ismail Petra di sini awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari oleh seorang pegawai aset masjid berkenaan kira-kira pukul 5.30 pagi tadi semasa tiba untuk menunaikan solat subuh.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, pemeriksaan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang lelaki yang memakai jaket hitam dan pelitup muka berada di dalam masjid berkenaan kira-kira pukul 2 pagi.

Menurutnya, suspek telah memasuki masjid berkenaan pada pukul 1.19 pagi melalui pintu bahagian tepi yang kini sedang dalam proses pembinaan.

“Siasatan mendapati, pintu berkenaan tidak berkunci dan hanya diselitkan dengan rantai besi.

“Suspek dipercayai memecah dua tabung plastik yang terletak pada ruang dalam masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Zulfikri, siasatan di lokasi kejadian mendapati ada lima kesan cap jari pada tabung itu.

Katanya, polis sedang menjalankan gerakan memburu suspek untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang mengenali suspek boleh salurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI