fbpx

Netball Super League musim baharu sedia buka gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL WILDCATS muncul juara edisi sulung NSL 2021 selepas membenam cabaran Johor Jewels 58-47 pada perlawanan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara tahun lepas.

PENGANJURAN Netball Super League (NSL) musim baharu dijangka lebih hangat dengan sorakan padu para penyokong membanjiri Stadium Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula 3 hingga 26 Jun depan.

Saingan musim kedua NSL kali ini menyaksikan lapan pasukan bertanding merebut takhta kejuaraan untuk mencabar juara edisi sulung tahun lalu, Kuala Lumpur (KL) Wildcats.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John percaya kehangatan kali ini akan lebih rancak selepas penganjuran pertama berlangsung dengan sempurna biarpun dianjurkan dalam fasa pandemik Covid-19 pada April tahun lalu.

“Sambutan dijangka hangat dan meriah pada tahun ini memandangkan orang ramai dibenarkan hadir ke stadium dan para peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com bermula pada hari pelancaran nanti.

“Selain itu, pelbagai aktiviti menarik melibatkan penyertaan daripada peminat khusus buat pelanggan pek sukan Astro melalui Astro Rewards program kesetiaan pelanggan Astro.

“Klinik bola jaring turut diadakan dengan dikendalikan oleh bekas pemain kebangsaan untuk penyertaan kategori remaja
wanita, bawah 15 tahun dan ka­tegori terbuka di mana golongan lelaki dapat menyertainya,” katanya.

Beliau juga berkata 400 tiket percuma akan disediakan buat pemenang yang bertuah nanti dan tawaran itu boleh didapati dengan menyertai peraduan di www.astro.com.my/nsl.

Sebagai rekod, lapan pasukan bertanding kali ini ialah KL Wildcats diikuti naib juara, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Kedah Sunshine, Negeri Sembilan Venoms, Pahang Tulips dan Melaka Mystic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI